November 29, 2012

Mereka Saudara kita


Sedang online dan terserempak dengan artikel yang di share di muka buku..

artikle menceritakan seorang aktivis Aqsa Syarif telah pergi ke Gaza dalam misi A2G . 
beliau kagum melihat kesungguhan kanak-kanak dan remaja di Gaza menghafaz Al-Quran.

beliau bertanya kpd salah seorang warga di sana, 

                 "mengapa mereka sangat bersemangat menghafaz Al-Quran? " 

jawabnya, "kerana syarat untuk menyertai Briged Al-Qassam ialah hafiz 30 juzuk.anak-anak ini ingin menyertai mereka dan syahid"


Allahuakbar!

Nabi pun pernah bersabda bahawa akan ada satu kelompok umat yang akan berjuang bersama-sama kebenaran dan menentang musuh-musuh mereka.
maka para sahabat bertanya, "dimana mereka ya Rasulullah ? "  
jawab baginda, "Di Baitul Maqdis dan sekitarnya "

Allahuakbar!  makanya, apa peranan kita?apa yang kita buat untuk membantu saudara-saudara kita di sana?

DOA !  betul . Doa senjata mukmin. Qunut Nazilah jugak ye :)
INFAQ/DERMA ! menderma untuk palestin ikut saluran yang betul . Allah pun berjanji dalam surah Saba' ayt 39..Allah janji apa saje yang kita infaqkan,Allah akan gantikannya.dan Dia lah sebaik baik pemberi kurnia.

selain dari itu, guna pesbuk pun boleh..share kan isu-isu tentang Palestin untuk membuka mata ramai pihak luar atau dlm negara.sebenarnya ada je lagi yang masih Blank dan tak ambik kesah dgn isu Palestin.ada jugak yang tak tau pun sebenarnye ape kebende yang berlaku ni???realiti..


tapi bagusnya ada yang non-muslim,dia tetap terlibat membantu Palestin sebab bagi mereka,ini isu kemanusiaan,bkn isu umat Islam saja.
apetah lagi umat Islam lagi lagi lah kene cakna Isu ini..ini Isu Aqidah!

Ingatlah Sabda Nabi Muhammad saw,
" Barangsiapa yang tidak ambil tahu urusan umat Islam,maka dia bukanlah dari kalangan kami "


Like page Mini Pavillion untuk menerima update terkini tentang isu Palestin.
SINI untuk update pasal Syria.
Sila suggest page utk dpt lagi banyak maklumat terkini tentang Palestin kalau ada.syukran :)






November 22, 2012

Dear belog yang terabai namun masih sayang >.<

nampak sgt belog ni terabai.hutang piutang bw pun masih belom berbayar . oh . 
TQVM kepada rakan2 blogger selalu singgah sini walaupun kunjungan balas sgt lembab . appreciate it :)


banyak exam minggu ini. oh . tapi dengan senang hatinya beronline sambil tersengih ^__^
minggu ini juga sgt terasa berat.terpaksa mendengar jiran bergaduh laki bini.dasat jugak arab gaduh.tak sanggup melihat penderaan depan mata. maka duduk dlm rumah senyap senyap.shuhhhh.


terlambat mengucapkan Salam Maal Hijrah . semoga menjadi yg lebih baik daripada sebelum ini :)


puas hati,
akhirnya,dapat jugak snap gambar kepala separuh ni . 


Hi awak. Nama saya Cadavers :)




dah dah ketepi ketepiiiiiiii. awok nak pegi bertandag ke belog jiran :P

November 9, 2012

JANGAN TIDO GAYA INI !


Dari draft telah berkurun lama ..

sebab ape tak boleh tido meniarap?

tidur meniarap ni boleh menyebabkan sesak nafas! beban tulang belakang punggung menyusahkan dada utk bernafas dgn sempurna.

penafasan yg tak sempurna akan melemahkan jantung dan otak

kajian di Australia membuktikkan kematian mengejut di kalangan kanak-kanak berlaku lebih kerap kpd kanak2 yg suka tidur meniarap.


Islam juga mencegah gaya Tido meniarap

Abu Ummah RA meriwayatkan, "Suatu ketika Nabi SAW menghampiri seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda langsung menendang kakinya sambil berseru "
"Bangun dan duduklah, sesungguhnya kedudukan tidur demikian adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam."



Cara tido yang terbaik ?

mengiring ke kanan .

Sebab?

paru kiri lebih kecil dari paru kanan.so jantung menanggung benda yg lebih ringan.
kalo tido mengiring ke kiri,jantung dihimpit paru kanan yg lebih besar menyebabkan kecergasan jantung berkurang!

cara tido mengiring ke kanan juga akan membuatkan hati dlm kedudukan stabil.perut pun dlm keadaan baik.

lagipun cara tido mengiring ke sebelah kanan ni ialah cara tido Nabi.



ape saje yg dianjurkan Islam mesti ade hikmah disebaliknye . nampak tak nampak tak??perfect nye Islam.

SUmber





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...