January 29, 2013

__/|___/|____/|__/|__/|_______



Doktor . Selalunya penampilan doktor macam mana?
kemas.tersusun.teratur.


hari tu  Cendol temankan kawan pegi jumpa doktor pakar kulit sebab kulitnya ada jangkitan.
doktor tu nampak serabut,kusut masai,baju berbutang separuh,bilik dia bersepah dgn ubat
plastik ubat berterabur atas lantai.
meja pun bersepah
dia tersengih menyambut kedatangan kami.

masa tu rasa macam,
biar betul doktor ni?!!! 

muka doktor tu bukan macam ni .

cara dia merawat?sambil sembang-sembang,dia inject.Kawan Cendol tu pulak tak sedar bila dia kena inject.lepas tu dia bawak keluar ubat dari bawah meja dia.plastik ubat dia campak ke lantai.jarum tadi dibiar bergolek atas meja.ubat-ubat tu bercampur aduk dalam satu pastik.
terpikir juga, betol ke doktor ni?

tapi,
wow!!dia awesome
 bila dia tengok je kulit yg sakit tu dia dah tahu bila mula jangkitan,
dia tahu ubat apa yang kawan Cendol dah guna.
dia tau kat mana lagi ada jangkitan tu selain dekat tangan . kawan Cendol mengakui memang ada lagi jangkitan tu pada bahagian lain
memang super duper awesome.

tiba-tiba doktor tu pandang Cendol dan cakap
"U! low immunity and hypotensive.ur hand sweat !"
terkejut dokter tu cakap macam tu,eh baru perasan,yelah,tgn berpeluh.
lepas tu doktor tu check denyut nadi.dia kata "very slow"
err..tergamam,
rupanya doktor tu boleh kesan semua tu melalui muka

Alhamdulillah kawan Cendol tu makin sihat kulitnya.apa-apa pun,sihat dan sakit semuanya dgn izin Allah.

#doktor tu nampak je macam tu tapi sebenarnya ilmunya tinggi
 Dont judge a book by its cover,however first impression is important isnt?
bersangka baiklah ...

teringat kepada pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani supaya kita sentiasa bersangka baik !


1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”


2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”





January 25, 2013

update guna wifi orang :P

sambil tiup habuk di lappy, assalammualaikum, hi ! apa khabar ? bagaimana misi memboikot barangan Israel?masih terus berjalan? *tetiba

 lama sungguh tak update.rindu menjengah ke laman ini. 
lama tak menjengah laman indah blogger lain kerana tak da internet.on9 guna phone je tp tak mampu nak buka belog.tak dapat menjelajah laman korang :'(   *ini pun update tumpang wifi senior*

skrg cuti winter..baru saja habis exam sem 1st.mula lah nak buat benda yg dirancang selama ni.

Al-kisahnya, KUIH TELINGA KELING atau namanya kuih peneram...kitorang sgt lah teringin nak mkn kuih-kuih di malaysia..skrg ni rasa teringin nak mkn kuih telinga keling tu.dah lama dah teringin tapi baru skrg sempat nak buat.semalam, kitorang bertungkus lumus membuatnya.

sobss sobsss ..sedih!! tak jadi :'( ..jadi keras.rasa nak menangis dah semalam..sakit hati semua ada.
tido pukul 2 sebab nak buat kuih tu tak jadi-jadi.tension sudah. ni skrg tak tau la apa nak jadi ngan tepung tu.ada idea? 

sebelum tido,mesej mak utk mengadu perihal kuih telinga keling yg membuli kami..bgn pagi tengok mak jwb,
katanya mak,ayah dan opah gelak-gelak je sebab mak pun tak penah buat kuih telinga keling tu.tetiba diri ini yg masih baruuuu sgt lagi dalam dapur tu nak buat benda ni.hurmm..tapi kan mak, resepi telur berbulu tu dah jadiiii :) pengubat hati..

-mood tak sabar nak balik Malaysia,nak makan kuih tuuuuu-  


kejap nak jenguk anda semua :) tunggguu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...