Malam itu, aku dan housemate menanti penuh debaran. Ketukan di pintu disambut gembira. Cepat-cepat aku buka pintu. Plastik hitam bertukar tangan setelah sejumlah wang dihulur.
Yeayyy ini dia ikan keli egypt! Haha
Teringin nak makan keli kat egypt ni, dari sungai nil gamaknya.
Terus terang cakap, aku geli ikan keli tapi kalau bab makan aku no. 1.
Maksudnya aku tak reri nak siang ikan keli ni. Nasib baik ada housemate ni ha dia memang mak keli. Nama dia pun keloi, keloi mak keli. Dgn lagi sorang pembantu si keloi namanya bacteria. Diorang yang bertungkus lumus membelasah ikan keli ni. Aku ni tukang basuh je.
Ikan tu gerak-gerak lagi walaupun dah putus kepala mungkin neuron impulse yang masih tersisa. Takut. besar betul ikann tu.
Gegak gempita rumah kami malam tu jerit pekik kerana membelasah ikan yg kuat menggelupur tu. :p
Sekuat kuat ikan keli, akhirnya dimakan jugak.
#Itu le pase kalau mak buat tak tengok, pastu tak reti.
#iwantmorekeli
Exam fever♥ bitaufiq inshaAllah♥