Alhamdulilah, berpeluang mendengar kata-kata semangat dan pesanan dari Fadhilatul Syeikh Rif'at Fauzi Abdul Mutalib..
Pesanan beliau agar kita ini sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan, kerana kita semua sentiasa dalam keadaan yang mudah tergelincir dalam kesesatan..
Bekalkan diri dengan iman dan amal soleh.kerana iman itu tak lengkap tanpa kita mengerjakan amal soleh .
Apa yang menarik,seseorang tanya pada syeikh, "macam mana dengan seseorang melakukan DOSA, kemudian BERTAUBAT, kemudian dia kembali melakukan dosa lagi, kemudian BERTAUBAT, kemudian buat dosa lagi, dan taubat lagi."
Jawab syeikh, "setiap orang melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa ialah mereka yang bertaubat. ALLAH akan sangat gembira menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh. ALLAH berkata pada para malaikat, "wahai para malaikat, saksikan lah akan hambaku yang bertaubat ni, bahawa dia masih sedar akan dirinya punya tuhan untuk kembali"
♥kalau kita buat salah dengan manusia, kita minta maaf belum tentu boleh terima, tapi dengan Allah, Dia pasti menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh.♥
♥Turn to ALLAH, HE never far away. Put ur trust in HIM, raise ur hand and pray .♥




































