March 27, 2013

Pengalaman Pertama

hari ini Rabu eh?wordless wednesday ke? tak nak kesah -_-

Sejak dtg ke Egypt ni,bnyk benda yang Cendol tak buat pun di Malaysia,tapi di sini terpaksa buat demi kelangsungan hidup (hah ini serius)antaranya naik bas.Di Malaysia tak pernah naik bas yg ntah apa2..tapi kat sini,

Setiap kali naik bas,perasaan gementar,cuak,gelisah mula menguasai diri.
ini kerana, dalam bas sangat crowded.Tiada limit penumpang ditetapkan.drebar bas tu macam rakus sangat nak ambik ramai-ramai penumpang sampai sendat-sendat mampat jadi sandwich.kalau dapat seat alhamdulillah,tapi masih terseksa bila sgt crowded.sedia maklum kan,bnyk org bnyk bau?ehhhee =D

bila tak dapat seat lagi sedih..kene berdiri dan berpaut kat mana-mana kerusi sebab bas tu goyang-goyang macam roller coaster.kadang-kadang ada pakcik2 arab yg berdiri dekat sgt dgn kita kan tak selesa.kadang2 terpegang pakcik arab tu terutamanya semasa nak membayar tiket.ini bukan ambil kesempatan,ini namanya TAK sengaja. heee =D

ada juga pakcik arab yg baik nak bagi seat dia kepada perempuan2 yang sedang berdiri,ada juga yang selamber je.ada arab lelaki ni nak bagi seat dia.ishh mmg nak sgt la duduk kan kaki rasa nak tercabut dah masa tu.Tapi sebelah dia ada org lelaki juga.tak jadi nak duduk.terpaksa tahan macho kat situ.lebih baik berdiri je kalau duduk pun rasa serba bersalah dan tak selesa.
arab tu mungkin rasa pelik sgt dengan tindakkan me'refuse budi baik dia tu.Sampaikan Arab tu tanya kpd  lelaki melayu sebelah dia kenapa kitorang tak nak duduk?
terdengar lelaki tu jawab, "hayak"(hayak maksudnya=malu) . lepas tu baru arab tu macam paham . mungkin diorang tak kesah sebab pernah juga Cendol tengok perempuan arab yg baru je duduk sebelah lelaki arab tu,diorang nampak rilek je.siap sembang2 beramah mesra.Mungkin orang lain rasa biasaa jee...Cendol rasa luar biasa.mohon mengerti wahai pak arab x_x'

kadang2 jadi ganas sikit,bila dah crowded tu,ada lelaki yg berdiri dekat sgt dgn kitorang,hahah kitorang tolak je..dia bukan nampak siapa yg tolak dia.ini bukan jahat,ini namanya beringat sebelum terkena.Bahaya tau dekat2 dgn sesetengah arab ni ada yg lain macam perangainya..

ada juga nampak arab yg muka macam pecah rumah.tapi di tangan dia ada tasbih!haaa...ada juga yg muka macam jahat je tapi sambil dia berdiri tu dia sedang menghafal surah.di tgnnya pegang Quran kecil. hebakkk!sungguh kita tak boleh judge org.muka macam garang je,macam ganas, tapi mana tahu dia mungkin seorang Hafiz.apa-apa pun,Manusia nampak yg luaran sahaja,dalam hati Allah je yg tahu.





sejak kebelakangan ini banyak mendengar berita kematian mereka-mereka yg tua,dewasa dan remaja.
mati itu tak mengira usia.

Yang jauh itu masa lampau, yang dekat itu mati 

18 comments:

Miss N™ said...

rindu kamu...!!!

Susah juga bersesak2 dalam baskan...
tolak je kalau ada yg cuba2 nak amik kesempatan...

jaga diri ye cendol.. :)

Nastyna said...

Arab yg sama flite with us lastime, pakai ala hipop muda lagi, kat tangan tasbih tak lepas. Respect. Hihihi

Chic Na said...

banyak belajar sesuatu yg baru. bagusla tu. pengalaman berharga tau. nanti dah habis belajar balik malaysia mesti rindu kenangan naik bas dgn pak2 arab tu. hehehe..

miss u adikku cendol. :)

vblogklasik said...

Hehe.. experience is a loyal teacher :D

Unknown said...

ish.. terbyg mcm mana sesaknya dlm bas tu.. even kat kl pun kite rasa x selesa apatah lg kat sana.. seram lak deqla baca.. cendol hati2 yer... ;)

Si Matatajam said...

Semua tu akan jadi pengalaman pahit manis cendol...bleh cerita kat anak cucu ^_^ take care kat tmpt org ye dik

Mr. Doctor said...

Dont judge a book by its cover... Huhu.. Kat malaysia jarang sangat nak jumpa orang pegang tasbih dlm bas/lrt kan..hmmmm

Unknown said...

menghidu bau badan pak2 arab di oversea merupakan satu pengalaman berharga kot buat ko...huhu

Mrs Velentine said...

naik bas & naik komuter mmg mencabar kan kalau takde seat

Solehah Shamsuddin said...

alahai kesiannya cendol. harap cendol tabah duduk di negara sana ye :)

dya nasir said...

mesti mcm sardin kan..smpai crowded kat dlm bas tu..huhu

Nurul Says said...

uu..selain haiyak malu haiiiyaark tolak orang juga ya cendol nih kekeke apapun jaga diri dik ya

Himawari Mirsada said...

btl tue cendol..duk tmpt owg kita kena berdikari..bila leh blk kg rs hepy sesangat.smpi rs nk lompat2 kn.hehe

Bulan Syurga Firdausi said...

yup betul, setuju...

Nurul Says said...

salam cendol.

jemput join contest akak

http://tsukinano.blogspot.com/2013/04/cuticuti-giveaway-diari-aima.html

jaakechik said...

cendol kat eygpt? wah jauhnya! btw semoga sihat sentiasa disana. :)

Unknown said...

Muahahahaa.

Bila start exam? Selalu tak blackout time malam? Kitorang dekat Mansoura haritu 2 minggu berturut-turut blackout. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok.

lelamaisara said...

wah dah pandai naik bas boleh la g umah akak nanti naik bas kan..heehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...