July 11, 2013

AKU BUKAN BANGLA

ayah kata , " bangla dan indon pun tak seteruk kamu ! "

"bangla dan indon pun tak datang malaysia sehelai sepinggang"

al-kisah dari cairo ke malaysia,sampai malaysia sehelai sepinggang 

Flight pukul 5.45 ptg . kami (me and member,Najihah) sampai di airport lebih kurang pukul 4.45 ptg . penjaga kaunter kata dah tutup kaunter untuk Qatar Airline.dah tak boleh masuk.apa lagiii...rasa nak pengsann . dunia bagai gelap sekejap . 

kebetulan kami terjumpa sekumpulan indon( 4 lelaki,1 perempuan) yang juga terlambat macam kami,flight yg sama . Kami dan indon tu bergegas ke kaunter Qatar Airline utk memaklumkan kelewatan kami dan meminta bantuan. sebabnya flight tu belum berlepas cuma tempat untuk luggage dah ditutup..tapi HAMPEH petugas Qatar Airline enggan membantu dengan gayanya yang sombong.terasa BENGKEK je. 

Kami terpaksa bertindak sendiri.salah seorang lelaki indon tu mencadangkan pergi ke TAHRIR untuk mendapatkan tiket baru ke QATAR untuk mengejar flight kami memandangkan flight itu akan transit selama 9 jam di QATAR,kemudian baru ke MALAYSIA (harga lebih murah jika nak dibandingkan beli tiket lain di airport tu.)


mungkin dalam kekalutan tu emosi dan fikiran tak berapa stabil,kalau difikirkan semula,apeke GILA duk ikut indon yang datang tah dari mana,tak kenal pun, tapi KAMI IKUT DIA . naik kereta dia . masa tu tak fikir pun pasal JENAYAH . yang ada dalam otak, " AKU MESTI  BALIK MALAYSIA "

Kami TINGGALKAN luggage kami kepada indon2 yang lain untuk dijaga.masa tu semuanya main PERCAYA je walaupun TAK KENAL .

sampai ke tahrir,kami rushing cari kedai tiket dan bertanya tiket yang lebih murah.beberapa kedai kami pegi,payah juga nak jumpa.mujurlah lelaki Indon tu fasih berbahasa Arab. dia yang DEAL dengan arab tu.

setelah kami berjaya jumpa tiket yang paling murah dengan harga 1950 L.E bersamaan RM825.duit dalam poket tak cukup nak bayar,kene withdraw duit..

 UJIAN , semua bank kami pergi tak boleh . HSBC tutup, ATM lain tak dapat keluarkan duit,dan ada juga yang tak boleh terima kad bank kami . 

masa tu dah masuk waktu MAGHRIB pun . kami berlari-lari dengan lelaki Indon tadi mencari bank . time tu tak pedulik dah pakai jubah pun. angkat kain jubah dan pecut selaju mungkin (inilah gunanya pakai seluar tracksuit dlm kain.  in case emergency,senang nak lari )

SEDANG kami BERLARI, lelaki indon tadi terjumpa KAWAN dia. kawan dia turut sama membantu cari bank. bila dah JUMPA bank,Kad Bank HSBC kami tak boleh digunakan . kawan Indon tadi dengan RELA (kami tak paksa dia atau acu PISAU ) mengeluarkan duit dari akaunnya memandangkan Kad Bank dia yang diterima masuk. 

dia pinjamkan kami 3600 L.E bersamaan RM1800 . sekali lagi, semuanya di luar akal yang normal .
GILA ke apa bagi orang yang TAK DIKENALI pinjam duit SEBANYAK itu . RM1800 . 

tanya nama dia . Namanya Ustaz Dana . Ambil no. fon dia  sekali . dan ucapan TERIMA KASIH . 

manakala lelaki indon yang kami tumpang keretanya tu namanya Ustaz Dede . 

selesai beli tiket,EGYPT AIR flight pukul 11.45 malam itu . kami rushing ke airport, ustaz Dede memandu laju kerana takut terlewat lagi,kami tinggal masa beberapa minit saja lagi sebelum pisang berbuah 2 kali...

dalam perjalanan ke airport,keadaan mula sesak,jammed sebab orang-orang anti Mursi mula berkempen.
Ustaz Dede call kawannya dan minta kawannya bawakan LUGGAGE kami ke terminal lain memandangkan kami bertukar flight.

sesampainya di airport,kami kelam kabut kerana satu je LUGGAGE kami yang sampai . lagi satu tak sampai sebab kawan Ustaz Dede dah sesat jalan . Mujurlah Kak Aisyah (senior kami, Tahun 2 medic) tunggu kami kat situ.Luggage kami yang tertinggal,Kak Aisyah uruskan . 

Kami dapat boarding pass,dan kami naik flight .sempat lagi update status fb menyatakan dah naik flight.. KEGELISAHAN kami belum berakhir kerana kami takda boarding pass untuk naik QATAR AIRLINE untuk ke malaysia . Dalam flight,kami makan, menunaikan solat hormat waktu,dan tidooo...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai di airport QATAR lebih kurang pukul 3 pagi . Kami solat Subuh dan kami mula mencari kaunter pertanyaan QATAR AIRLINE untuk mendapatkan BOARDING PASS.

nak dapat boarding pass pulak sangatlah PAYAH !! Staff QATAR AIRLINE cakap tiket kitorang dah di CANCEL kerana tak maklumkan pada staffnya di CAIRO bahawa kami nak naik flight seterusnya..padahal staffnya yang di airport Cairo tu enggan membantu . We did told him about that and he laughed . =_=
salah seorang staff QATAR AIRLINE tu kata kena BAYAR . 
WHAT THE FISH CAKE ??!! I WONT PAY U EVEN A CENT !! because i dont have money even a cent  T_T

susah sangat nak dapat Boarding pass, maka kami gunakan teknik DRAMA . sembamkan muka di kaunternya then staff tu tanya " what happen ? " 
 HAH ! TAU TAKUT !! KASI AKU BOARDING PASS TU SEKARANGGGGG !!!!!!!!!!!!!!!!! (dalam hati =P )

alhamdulillah akhirnya dapat juga boarding pass tu setelah berkali-kali melalui payahnya urusan dengan staff QATAR AIRLINE tu.

Di airport tu sempat lagi online guna wifi kat situ. Mak INBOX .
 katanya, "dah naik Flight nanti update status"  haha lawak pula membacanya . itulah gunanya kecanggihan teknologi kan kan kan... =P

Tapi dah kelam kabut tak sempat pulak update status. MAK kata dia risau sebab tak de update status pun . AYAH stay cool , katanya "dah naik flight la tu,tak update status.kalau tak mesti dia dah call " 
***sebenarnya kalau tak naik flight pun tak boleh nak call sebab credit ZEROO..kosongg..kosong...poket pun kosongg...duit bekal balik habih guna nak bayar tiket 

Dah naik flight QATAR AIRLINE untuk ke MALAYSIA, hati sudahh LEGA SANGAT ! ALHAMDULILLAH . selesai sudahh..tinggal tunggu sampai MALAYSIA je . 

Akibat jerubu yang tebal,flight lambat sikit sampai ..sepatutnya sampai pukul 8.45 malam..tapi sampai pukul 9 malam..dah sampai,pinjam fon kawan,call mak bagitahu dah sampai..

LUGGAGE kami satu pun tak sampai ... satu beg tertinggal di QATAR, satu lagi di EGYPT .. wah wahhh hebat kan jauh jauh pegi tinggal beg .. maka sampainya kami ke airport KLIA sehelai sepinggang ..

sampai di airport nampa ayah melambai-lambai..betapa gembiranya hati rasa nak berguling-guling macam hindustan dlm tv tu bila ternampak wajah-wajah mereka yang lebih kurang 9 bulan tak jumpa
 (haha.beriya je) rinduuu gilaaa.dengan tersengih-sengih, kukabo kan pada mak ayah, beg TERTINGGAL . =D
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
inilah entry terpanjang rasanya sepanjang berbelog ni..biar saja nak tempek kat sini cerita ni sebagai kenang-kenangan..

semuanya atas PERTOLONGAN ALLAH manakala Ustaz Dana dan Ustaz Dede sebagai wasilah pertolongan itu. kami beruntung terjumpa ustaz Dana dan ustaz Dede yang sudi membantu kami dengan bersungguh-sungguh walaupun tak kenal kami pun.kami pun tak kenal diorang . Alhamdulillah, duit Ustaz Dana ayah dah settlekan..hihii tak habih2 le punnn aku ni menyesakkan kepala otak mak bapakkk..mak kata sakit kepalanya pikirkan kami tertinggal flight,mak ayah tak boleh tidoo katanya,Opah pun dah mula ke hulu ke hilir dan bercakap sorang-sorang..hihiii...sosososoooryyyy semuanyaaaa...

Kami BERUNTUNG juga, ada senior-senior(kak Aisyah,Kak Atiqah, Kak Nafisah) n kawan2 yang banyak membantu..

Jasa kalian dikenang sampai bila-bila . 

# we've learnt the lesson .Jika  Esok Flight Bertolak , Hari Ini Kami Qiam Di Airport . =)















35 comments:

Unknown said...

weeeeeee, panjang kisahnya penuh dramatik tapi aku baca dengan tekun :) apa yg penting kat sini, korunk sampai dgn selamat. selamat sampai di rumah. dan nasib baiklah la jugak korunk ketemu dgn individu2 yg baik yg sudi menolong...

Unknown said...

hahaha lain kali cepat ye :p

Kekzamanis said...

Pernah sekali terjadi kejadian lebih kurang macam ni. Tapi dari Sabah nak balik Semenanjung jer.. Tuan dah selamat sampai semenanjung, bagasi pulak melencong ke Sibu Sarawak.. Kahkahkah!

Unknown said...

Alhamdulillah, janji cendol dah selamat tiba, beg tak pa,, janji tuan beg dah selamat, syukur dapat jumpa org yg baik hati

Unknown said...

alhamdulillah... Allah hantar mereka utk membantu korang.. baiknya mereka kan.. byk tu bg pinjam duit.. huhu..ehh.. x sgka ye cendol dah blk malaysia.. so skng dah blk sana smula ke? 9 bln x jumpa.. ?? giler rindu weyh..!!

lelamaisara said...

cendol...tekun akak bace cerita cendol ni tau........Ya allah nasib kamu baik dik....Alhamdulillah nasib kamu selamat sampai ke malaysia...Beraya kat sini ke tahun ni dik...I Miss u...

Tengkubutang said...

hihihi3.. agak lucu baca entri ni.. tapi memang terselit rasa seramkalau hal ni terjadi pada diri teman sendiri..

Tengkubutang said...

he3.. agak lucu masa baca entri ni.. teman baca sampai abes tau.. tapiklu jadi pkara yg sama kat teman xtau lea.. fuh.. memang masalah kalau bukan berada kat negara sendiri kasn..

Masha Meisters said...

tak tahu nak expression ape ni....nak gelak ke nak sympathy ke....
hehe...nak golak dulu la hek?
hahahahahahah
sososososryyyyyyyyy cendul ku bucuk! den tergolak pulak...
dugaannn bebenor tu,kalau Masha memg dah menangis,meraung la gamaknyer...
alhamdulillah selamat juga sampai Mlysia walau bawak balik pinggan kosong....hehe

Tinta Lana said...

Salam.

Ko ni cendol.. ak rsa cam nak marah pun ada,hahahhah

Kenapa awal2 tu, lambat ko sampai airport..

Berdebar ak rsa, lagi2 part ikut lelaki indonesia tu..huhu. Memang dah mcm dalam rancangan running man dah ko ni cendol,keh3. Beg lain2 tempat plak tu..allah, sabor je lah,ekekeke.

Ni, cutinya sampai bila? Syukur alhamdulillah dah slmt sampai.. next time, kuar awal skit neh.. cam kelakor pun ada, memang dpt imagine betapa kelam kabutnya suasana,huhu.

Si Matatajam said...

Ya Allah..akak pun tumpang serabut baca entry ni..cemas sangat rasanya..ha ha..Nasib baik selamat gak smp ke bumi Malaysia...salam Ramadhan dik..

Miss N™ said...

berdebar2 NUr baca tau..paling tak menahan ada drama yea...gitu care nak dapatkan pass..hahaha

apapun, cendol dah selamat sampaikan..alhamdulillah...

dalam beg tu ada barang2 berharga x..??

jaya jr said...

jauh nye makan angin..haha..untungla

Unknown said...

wahh. gelisah baca entri ni >_<"

alhamdulilah selamat sampai, ustaz2 tu pun balik malaysia jugak ka?

Unknown said...

bermacam dugaan..klo yumida sure dah nangis
nasib baik ade pertolongan dri ustaz tu
patutla cendol mlama menghilang..rupanya study kat jauh sana
beznye
pengalaman berharga
salam ramadhan cendol

Abang Karu said...

pengalaman berharga ni....
kemain jauh lg beg tu terpisah....err ada begambo tak ngan ustaz yg byk membantu tu....

Unknown said...

ya Allah, rasa berdebar2 tau baca cerita cendol ni.. rasa macam lyla pula yang terkena.. haha. lyla pernah sekali tertinggal flight, time tu memang nyesallllll sangat2 sebab dah bazir duit.. haha.. Nasib baik jumpa orang baik yg sanggup tolong kan.. huhu.. alhamdulillah

9n0L4 said...

cendollllll. adventure nye pjlnn awk nk balik msia. huhu.

Chic Na said...

cendolll!! dah balik malaysia ye.. kakak besar missed u so much..

cemas betul citer ni tau.. tak cukup nafas baca.. huhu.. okla lain kali jgn lewat lagi ye. huhu..

Korn Ahmad said...

wah.. menarik cerita kelam kabut korang... sbb macam aku bace cerita suspen the movie.. hehe... ape pun , Alhamdulillah semua selamat...

aReLaN said...

adoiyai bro. pastu camne ngan beg tu???dapat balik tak. lain kali kena plan betul2. ada lesson learnt di situ.hehehe

unsecretostory said...

FUHH DENGAN JAYANYA BACA ENTRY PANJANG NIE SAMPAI HABIS.
Serious kenangan betul citer cemni .

boni kacak said...

uish.. banyak betul dugaan untuk balik ke Malaysia kan.hehehehe. tak pe, yang penting dah jejakkan kaki ke Malaysia dah.Alhamdulillah. salam dari Malaysia untuk dua orang ustaz Indonesia yang baik hati tu :)

kim said...

woahh...dahsyat betul pengalaman ni...then how bout your luggage? dah sampai ke?

are_lin@yu said...

alahamdulillah walau pn kna byk dgaan akhirnya smpai malaysia dgn slmt kan..

Unknown said...

alhamdulillah dijumpakan dgn org2 yg baik walapon tak kenalkan, selamat juga sampai malaysia

Himawari Mirsada said...

Ya Allah cendol..lau ely kena cam tue xtau la nk ckp pe,,mau ngis xberenti..teruknye org kat aiport xleh nk bertolak ansur..mjur la cendol slmt smpi.kn?heehe

kinara kinatara said...

takut pulak dengar cerita cendol nie..

alhamdulillah masih ada insan yang sudi membantu..

Unknown said...

uih tak terbayang perasaan kalut tu mcm mana, alhamdulillah sampai juga ke malaysia..welcome back :)

shar90 said...

uyooo... ni la entri paling mencemaskan stakat nih... igt dr kaherah blh trus ke mlysia,,, kne snggah qatar dlu ea... suspen bace meh xD

Niesa said...

seronok jugak baca entry cendol..wpn mcm2 benda belaku tu mesti dpt jd kenangan yg xsemua org dpt kan?hehe..apa2 pn Alhamdulillah dh selamat sampai...selamat menunaikan ibadah Ramadhan ye cendol..^_^

Eein Azryn said...

Haha. Payah jugak ek kalau tertinggal flight kat tempat orang. Hehe. Nasib baik jumpa dengan orang yang baik2 yang sudi tolong. :)

aku HaniAsyira said...

jgn kemana2.. dok je kat aiport tu hah..

Liyana Anuar said...

nasib baik semuanya ok..kalau sorang2 dah nangis dah kot..dengan duit pun xcukup..huhu..ustaz2 tu hensem tak? x ngorat? hehe :p

Nurul Says said...

statement terakhir tu yang nda boleh tahan tu..hahaha apa pun ini adalah kenangan ketika belajar di perantauan bukan semua orang boleh rasa tau..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...