November 15, 2013

♥♡♥♡♥♡♥♡

Alhamdulilah,  berpeluang mendengar kata-kata semangat dan pesanan dari Fadhilatul Syeikh Rif'at Fauzi Abdul Mutalib..

Pesanan beliau agar kita ini sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan, kerana kita semua sentiasa dalam keadaan yang mudah tergelincir dalam kesesatan..
Bekalkan diri dengan iman dan amal soleh.kerana iman itu tak lengkap tanpa kita mengerjakan amal soleh .

Apa yang menarik,seseorang tanya pada syeikh, "macam mana dengan seseorang melakukan DOSA, kemudian BERTAUBAT, kemudian dia kembali melakukan dosa lagi, kemudian BERTAUBAT, kemudian buat dosa lagi, dan taubat lagi."

Jawab syeikh, "setiap orang melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa ialah mereka yang bertaubat. ALLAH akan sangat gembira menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh. ALLAH berkata pada para malaikat, "wahai para malaikat, saksikan lah akan hambaku yang bertaubat ni, bahawa dia masih sedar akan dirinya punya tuhan untuk kembali"

♥kalau kita buat salah dengan manusia, kita minta maaf belum tentu boleh terima, tapi dengan Allah, Dia pasti menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh.♥

♥Turn to ALLAH, HE never far away. Put ur trust in HIM, raise ur hand and pray .♥

16 comments:

Niesa said...

perkongsian yg bermakna..salam jummat cendol.. :)

Unknown said...

betul tu.. manusia mana yg tak terlps dari melakukan kesilapan.. tp sekali buat silap, kena segera perbetulkan ...kembali ke landasan yg benar.. in shaa Allah..

Nastyna said...

Lapang dada, as always..bila baca perkongsian dari u. Its just a different way of seeing, doing things, that makes me keep fighting to be a better one. I suka nasihat macam ni...positif, bukan yg mematahkan semangat.

Miss N™ said...

semua manusia buat dosakan...
cuma tak ramai yg bertaubat...

Eein Azryn said...

Kalau dah taubat tu, bertaubat la betol2. Jangan ulang lagi. :)

Cik Ai said...

betul2..
apa yg terjadi sekali pun..pulang lah ke pangkal jalan..even sesame manusia kdg2 tidak boleh terima tp Allah pasti terima..

lelamaisara said...

betul tu dik...nice la share kat sini...

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Cendol..siapa tu Syeikh Rif'at Fauzi..

Tak tahu nak tulis apa..cuma rasa nak melawat cendol je. Tak tahu kabar berita..

Azim Aris said...

bagus post nih..keep it up...jom xchange list wif my blog :
Azim Aris

Tak Mungkin Benar

Muhasabah

follow ya :)

Bulan Syurga Firdausi said...

syukran ilmu yang baik...

Unknown said...

salam cendol...perkongsian yg menarik & peringatan yg baik utk akak

Himawari Mirsada said...

hurm..nice sharing cendol..sht ke?

Solehah Shamsuddin said...

Nice dik. Btl tu, hanya hati yg ikhlas sje yg mmpu memaafkn kesalahan orang.

Chic Na said...

betapa kasihnya Dia kat hamba2 nya kan..

Nurul Says said...

nice sharing!!

Sis_Kina said...

stuju kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...