Showing posts with label gila kentang. Show all posts
Showing posts with label gila kentang. Show all posts

July 27, 2013

KINI AKU LEBIH KEJAM =)



Ternampak noti di FB, "si fulan bin fulan Birthday is today " . haa selaju yang boleh,click untuk pergi ke profilenya. guess what ?? nak wish birthday? haha MESTILAH bukan . pegi dekat button 'UNFRIEND' .
dan 'click' sambil tersenyum PUAS . weehehee GEMBIRA .
why i did this?because i just Realise that i never knew u before . hehe . dari mana kau datang pun aku lupaa daa..

YES i admit,dulu zaman gila-gila tah dengan siapa-siapa berkawan dlm FB tu.macam-macam jenis orang ada.asal orang add je , APPROVE je sebab malas nak check profile dia.sekarang TIDAK lagi.semestinya lebih BERHEMAH menggunakan FB.hee baru sedar,umur dah TUA,sudah-sudahlah dengan perangai GILA tu. Lagipun,dalam FB tu banyak PENYAMARAN yang berlaku.

PERNAH, terkena dengan 'RABIATUL ADAWIYAH' YANG LUCAH . dia pakai nama Rabiatul Adawiyah,rupa-rupanya dia lelaki yang suka cakap lucah-lucah.kurang ajar manusia tu. 
nate sungguh. Masa dia cakap lucah-lucah tu,hati ni masih bersangka baik,ingatkan akak ni saja nak gurau tapi terlebih kot..(dia bahasakan dirinya akak )..lama-lama naik bengang jugak la kan bila dah over sangat dah tu..sampai akhirnya semuanya terbongkar..Sejak peristiwa tu,kalau ada 'perempuan add, mesti check ada gambar dan mutual friend atau tak..dan jugak statusnya apa yg dia post..Kalau lelaki add, approve je.hahaha . eh bukan apa, kalau dah memang namanya lelaki,contohnya Mamat,bila dia cakap tak elok,terus block je..tapi bila dia guna nama perempuan,kesabaran untuk kerenah dia tu jadi lebih sikit..tu yang jadi terkena kerana tindakan segera tidak diambil,kerana kusangka kau kaum HAWA...haruslah bersikap lembut sikit dengan kau..rupanyaa..huhh

TAPI sekarang LAIN....siapa-siapa je lah yang add,tak kira lelaki atau perempuan,tak de mutual friend yang boleh diharap,nama profile pelik-pelik,atau bila tengok about dia contoh "works as Perdana Menteri,Tukang kira bulu kambing,tukang kira bintang di langit, or apa-apa je yang aneh-aneh, terus click IGNORE .
Facebook pun sekarang ni macam TAK privacy and bertambah Open..need to be careful.


Kalau nak check one by one profile orang then baru nak remove,memang tak lah.beberapa ratus friend dlm FB tu,berapa kerat je punn yang diketahui siapa orangnya..Jadinya,bila ternampak status merapu orang yang tak dikenali tapi dah friends,dengan pantas pegi REMOVE dia.rasa PUAS. Dan kadang-kadang tergelak-gelak kegembiraan..hahahaha syco betul perempuan nii


PERHATIAN,PERHATIAN, IBU IBU BAPAK BAPAK, SILA PANTAU FB ANAK ANDA...
sekiranya manusia spesis 'RABIATUL ADAWIYAH YANG SAYA NYATAKAN DI ATAS ' tu menjadi friends anak anda,pastinya mereka bakal MEROSAKKAN FIKIRAN anak anda,apatah lagi budak bawah umur..kan sekarang budak-budak kecik pun ada FB... 
FIKIRKAN .




July 26, 2013

"MasyaAllah,seksi gila artis nii.." ARE U SERIOUS ??

Kerap kali nampak komen komen di fb macam ni, 

"MasyaAllah, kejamnya diorang . "

"MasyaAllah,seksinya artis ni" 

dalam kepala otak ni terpikir-pikir,aje beno ke ape yg diorang cakap ni ??betul ke penggunaan 'MasyaAllah' macam tu?sounds weird..seriously..nak tegur rasa cuak la pulak pasal sedar diri tak de la reti sgt bab-bab ni.namun saat ini,kekuatan maksima telah digapai untuk mengemukakan teguran dan berkongsi ilmu pengetahuan yang seciput ini..alahai lambat sungguh kauu bertindakk.....orang dah tau kauu baru nak kongsii??*suara negatif jangan diikutkan.
TAKPA,perkongsian ilmu yg bermanfaat tiada ruginya*see fikiran POSITIVE datang menyelamatkan keadaan..emm emm

  MasyaAllah bererti ALLAH MAHA AGUNG .
penggunaan 'MasyaAllah' apabila melihat perkara yang TIDAK baik adalah SALAH. 
diulangi, SALAH .

SEPATUTNYA ketika berhadapan dengan keadaan yang TAK BAIK,atau melihat perkara yang tak baik, kita menggunakan Astaghfirullah , yakni memohon ampun pada Allah atas perkara itu.
atau menggunakan Nauzubillah ,bermaksud kami memohon perlindungan Allah daripada perkara itu.
atau kita boleh guna Innalillah,bermaksud kepada Allah kita kembali.

kalimah MasyaAllah sepatutnya DIGUNAKAN pada keadaan atau perkara yang INDAH , BAIK , POSITIVE ,
contoh, 

"MasyaAllah , pandainya anak pak Meon, dia cipta roket"

BUKANNYA digunakan pada perkara NEGATIF ..


 i share because i care .  ^_^  . poyo poyo




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...