Showing posts with label kerapuan dari malaysia. Show all posts
Showing posts with label kerapuan dari malaysia. Show all posts

October 3, 2013

Pulang Budak


pinjam baby encik google


Pulang budak , bukannya budak hilang dipulangkan .
Pulang budak disini membawa maksud orang tua yang sudah kembali menjadi budak.

kalau dulu semasa kecil , merangkak-rangkak . bertatih .
bila dah tua pun merangkak juga..disebabkan sakit lutut,sakit sendi, makanya merangkak dan bertatih,macam kecil-kecil dulu ..

semasa kecil-kecil dulu cepat nangis,cepat merajuk,
sudah tua pun perasaan tu makin sensitif dan cepat merajuk..

kecil-kecil dulu tiada gigi maka makanannya nestum atau bubur,
sudah tua pun makan nestum atau bubur juga  kerana tidak ada gigi dan tak larat mengunyah

kecil-kecil dulu tak tahu buat apa,semua harapkan orang.
sudah tua-tua bukan tak tahu buat,bukan sengaja nak mengharapkan orang, tapi kerana badan sudah lemah,tak larat lagi..

BEZANYA,'mereka' yang kecil dijaga oleh ibu bapa..yang 'tua' dijaga oleh anak-anak.
'mereka' yang kecil boleh dicubit,dimarah sekiranya degil, yang 'Tua' ni andai dicubit,dimarah, derhakalah jawabnya. T_T *sobss


hidup kita macam roda . what u give u get back .

FirmanNya,
"..hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia..." Al-isra,ayat 23


September 19, 2013

THEM =')

Tiba-tiba je rasa nak menaip entry poyo ni .Bukan bersempena apa-apa pun. bukan hari ibu,bukan hari bapa. saja-saja . 

Demi ALLAH , mak dan ayah kami adalah orang-orang yang mendirikan SOLAT serta mengajar kami cara SOLAT. mengajar kami MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA.
mereka jugalah yang MENGAJAR kami membaca AL-QURAN . 
mereka yang mengambil TAHU aktiviti HARIAN . mengenal dengan siapa kami BERKAWAN  dan kemana kami PERGI. 
 MARAH dan ROTAN ganjaran kenakalan.

 Apa jua keputusan yang mereka buat pasti untuk kebaikan .Memanglah TAK semua keputusan tu 100% betul,(heheh . i meant hanya Allah yang tahu apa yag paling baik dan paling betul) tapi semoga dengan BERKAT mentaati keputusan mak ayah itu,ALLAH bantu kita dalam urusan.
La tansa, Redha ALLAH terletak pada keredhaan mak ayah.

kalau mak ayah kata JANGAN , maka JANGAN . sebab diorang kata JANGAN tu bukan saja-saja. Diorang kata JANGAN sebab diorang PEDULI . 

Teringat DULU, mak ayah kata 
"JANGAN keluar merayau-rayau dengan kawan-kawan di pekan KB tu ha .BAHAYA !"
Masa tu baru form 1 dah rasa macam dewasa sangat dah.kawan merayau, nak jugak ikut.kalau tak macam tak matured lah. Then keluar jugak ikut kawan.
akhirnya kantoi jugak . mak marah gila-gila . ayah cool je.
masa tu rasa macam "alaahh apalah mak ni.itu tak boleh,ini tak boleh"


SEKARANG,bila dah tua-tua bergaya macam ni,baru terasa memang BAHAYA tu keluar merayap-rayap dengan kawan-kawan.macam-macam boleh jadi .Cuma dulu masih budak-budak,pikiran cukup singkat asyik fikir nak seronok. now dah tua (bukan tua keladi) baru fikir semua tu .
Kalau anak aku buat perangai macam aku ni,aku cepuk dia! *dengar tu wahai anak-anak mata dan anak tekak ku.
THINK BEFORE U ACT. wuu  T_T *nangis

Anak WAJIB mentaati mak ayah selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengaku , diri sendiri pun masih tak pass bab ni. contoh , benda simple .

mak cakap, "Tolong sapu lantai"
Balas kat mak "ala malasnya" (dah kantoi kau pemalas!!!)
Padahal mak suruh sapu lantai, bukan bercanggah daripada ajaran Islam pun sapu lantai tu kan?habis kenapa tak buat ?! mentaati mak ayah tu wajib,then apa pulak hukumnya melanggar perkara yang wajib macam ni?

see??benda simple.kadang-kadang lepas pandang . belum kira lagi dengan kata-kata yang
 "cantik-cantik"pada mak ayah.   wuuu  O_O  *pengsan


Tapi,kalau main game candy crush mak ayah punya sampai kalah?kalau berebut ipad dengan diorang sebab nak main candy crush cemana? i guess,  tak pe kot . hehehe .


#Ya RABB, kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil,ampunkan dosa mereka,berikan kepada mereka kebaikan dunia dan akhirat,jauhkan mereka dari azab api neraka dan masukkan mereka ke dalam syurgaMu.


=') Them
AWAS!orang dalam gambar terlalu comel.
anda mungkin melihat tanpa berkelip
O_O

August 20, 2013

OMG ! He's wearing baju kurung




credit : Pak Cik Google

Yesterday i saw 'bapok' wearing baju kurung . even wearing baju kurung, obvious sangat dia tu lelaki yg kecelaruan identiti a.k.a bapok

i found myself constantly pondering the question ,

"SEKIRANYA bapok ni tiba-tiba nak TERKUCIL, tandas mana dia nak pergi ? tandas lelaki atau perempuan?"

hahaha how i wish a 'bapok' could answer me. LOL .

-_- menyampah dan meloyakan bagi sesiapa yang melihat MELAINKAN seseorang tu redha dengan perbuatan 'lelaki' itu menukar jantinanya

Nampak tak disitu,betapa GOLONGAN YANG MENGINGKARI PERINTAH ALLAH itu akan membuat orang lain tak senang dan sekaligus menzalimi dirinya sendirii..kenapa orang lain TIDAK SENANG dengan orang yg MENGINGKARI PERINTAH ALLAH ? sebab mengingkari perintah Allah itu merupakan satu kejahatan sedangkan FITRAH manusia ini suka kan KEBAIKAN .


AKHIR ZAMAN , perempuan lebih ramai daripada lelaki . mana tak nya, lelaki' pun nak jadi perempuan.
tapi tak dinafikan,ada juga 'perempuan' nak jadi lelaki ..aiyooo..hantuk kepala,tanya akal !!

Bapok  TAK sama  dengan LELAKI LEMBUT .
kalau BAPOK tu yang memang tukar jantina dan PERASAN kononnya dia tu perempuan. *muntah *_*
LELAKI LEMBUT tu sebab dia memang agak lembutttt tapi dia tak berniat pun nak jadi perempuan..memang dia macam tu,bukan dibuat-buat bukan diminta..dan kadang-kadang mereka comel .hihi

dan maap lah sekiranya post ini offend someone,anyone or everyone . seriously i've no intention to do so
^_^ wehehe


DONT FORGET TO PRAY FOR OUR BROTHERS AND SISTERS IN EGYPT , SYRIA, PALESTINE ,

memang menyedihkan, PEMUDA PEMUDI di negara MEREKA gugur syahid, tapi di negara kita sesetengah pemuda pemudi becoming bapok , pengkid, etc


salam alaik =)

July 26, 2013

"MasyaAllah,seksi gila artis nii.." ARE U SERIOUS ??

Kerap kali nampak komen komen di fb macam ni, 

"MasyaAllah, kejamnya diorang . "

"MasyaAllah,seksinya artis ni" 

dalam kepala otak ni terpikir-pikir,aje beno ke ape yg diorang cakap ni ??betul ke penggunaan 'MasyaAllah' macam tu?sounds weird..seriously..nak tegur rasa cuak la pulak pasal sedar diri tak de la reti sgt bab-bab ni.namun saat ini,kekuatan maksima telah digapai untuk mengemukakan teguran dan berkongsi ilmu pengetahuan yang seciput ini..alahai lambat sungguh kauu bertindakk.....orang dah tau kauu baru nak kongsii??*suara negatif jangan diikutkan.
TAKPA,perkongsian ilmu yg bermanfaat tiada ruginya*see fikiran POSITIVE datang menyelamatkan keadaan..emm emm

  MasyaAllah bererti ALLAH MAHA AGUNG .
penggunaan 'MasyaAllah' apabila melihat perkara yang TIDAK baik adalah SALAH. 
diulangi, SALAH .

SEPATUTNYA ketika berhadapan dengan keadaan yang TAK BAIK,atau melihat perkara yang tak baik, kita menggunakan Astaghfirullah , yakni memohon ampun pada Allah atas perkara itu.
atau menggunakan Nauzubillah ,bermaksud kami memohon perlindungan Allah daripada perkara itu.
atau kita boleh guna Innalillah,bermaksud kepada Allah kita kembali.

kalimah MasyaAllah sepatutnya DIGUNAKAN pada keadaan atau perkara yang INDAH , BAIK , POSITIVE ,
contoh, 

"MasyaAllah , pandainya anak pak Meon, dia cipta roket"

BUKANNYA digunakan pada perkara NEGATIF ..


 i share because i care .  ^_^  . poyo poyo




July 11, 2013

AKU BUKAN BANGLA

ayah kata , " bangla dan indon pun tak seteruk kamu ! "

"bangla dan indon pun tak datang malaysia sehelai sepinggang"

al-kisah dari cairo ke malaysia,sampai malaysia sehelai sepinggang 

Flight pukul 5.45 ptg . kami (me and member,Najihah) sampai di airport lebih kurang pukul 4.45 ptg . penjaga kaunter kata dah tutup kaunter untuk Qatar Airline.dah tak boleh masuk.apa lagiii...rasa nak pengsann . dunia bagai gelap sekejap . 

kebetulan kami terjumpa sekumpulan indon( 4 lelaki,1 perempuan) yang juga terlambat macam kami,flight yg sama . Kami dan indon tu bergegas ke kaunter Qatar Airline utk memaklumkan kelewatan kami dan meminta bantuan. sebabnya flight tu belum berlepas cuma tempat untuk luggage dah ditutup..tapi HAMPEH petugas Qatar Airline enggan membantu dengan gayanya yang sombong.terasa BENGKEK je. 

Kami terpaksa bertindak sendiri.salah seorang lelaki indon tu mencadangkan pergi ke TAHRIR untuk mendapatkan tiket baru ke QATAR untuk mengejar flight kami memandangkan flight itu akan transit selama 9 jam di QATAR,kemudian baru ke MALAYSIA (harga lebih murah jika nak dibandingkan beli tiket lain di airport tu.)


mungkin dalam kekalutan tu emosi dan fikiran tak berapa stabil,kalau difikirkan semula,apeke GILA duk ikut indon yang datang tah dari mana,tak kenal pun, tapi KAMI IKUT DIA . naik kereta dia . masa tu tak fikir pun pasal JENAYAH . yang ada dalam otak, " AKU MESTI  BALIK MALAYSIA "

Kami TINGGALKAN luggage kami kepada indon2 yang lain untuk dijaga.masa tu semuanya main PERCAYA je walaupun TAK KENAL .

sampai ke tahrir,kami rushing cari kedai tiket dan bertanya tiket yang lebih murah.beberapa kedai kami pegi,payah juga nak jumpa.mujurlah lelaki Indon tu fasih berbahasa Arab. dia yang DEAL dengan arab tu.

setelah kami berjaya jumpa tiket yang paling murah dengan harga 1950 L.E bersamaan RM825.duit dalam poket tak cukup nak bayar,kene withdraw duit..

 UJIAN , semua bank kami pergi tak boleh . HSBC tutup, ATM lain tak dapat keluarkan duit,dan ada juga yang tak boleh terima kad bank kami . 

masa tu dah masuk waktu MAGHRIB pun . kami berlari-lari dengan lelaki Indon tadi mencari bank . time tu tak pedulik dah pakai jubah pun. angkat kain jubah dan pecut selaju mungkin (inilah gunanya pakai seluar tracksuit dlm kain.  in case emergency,senang nak lari )

SEDANG kami BERLARI, lelaki indon tadi terjumpa KAWAN dia. kawan dia turut sama membantu cari bank. bila dah JUMPA bank,Kad Bank HSBC kami tak boleh digunakan . kawan Indon tadi dengan RELA (kami tak paksa dia atau acu PISAU ) mengeluarkan duit dari akaunnya memandangkan Kad Bank dia yang diterima masuk. 

dia pinjamkan kami 3600 L.E bersamaan RM1800 . sekali lagi, semuanya di luar akal yang normal .
GILA ke apa bagi orang yang TAK DIKENALI pinjam duit SEBANYAK itu . RM1800 . 

tanya nama dia . Namanya Ustaz Dana . Ambil no. fon dia  sekali . dan ucapan TERIMA KASIH . 

manakala lelaki indon yang kami tumpang keretanya tu namanya Ustaz Dede . 

selesai beli tiket,EGYPT AIR flight pukul 11.45 malam itu . kami rushing ke airport, ustaz Dede memandu laju kerana takut terlewat lagi,kami tinggal masa beberapa minit saja lagi sebelum pisang berbuah 2 kali...

dalam perjalanan ke airport,keadaan mula sesak,jammed sebab orang-orang anti Mursi mula berkempen.
Ustaz Dede call kawannya dan minta kawannya bawakan LUGGAGE kami ke terminal lain memandangkan kami bertukar flight.

sesampainya di airport,kami kelam kabut kerana satu je LUGGAGE kami yang sampai . lagi satu tak sampai sebab kawan Ustaz Dede dah sesat jalan . Mujurlah Kak Aisyah (senior kami, Tahun 2 medic) tunggu kami kat situ.Luggage kami yang tertinggal,Kak Aisyah uruskan . 

Kami dapat boarding pass,dan kami naik flight .sempat lagi update status fb menyatakan dah naik flight.. KEGELISAHAN kami belum berakhir kerana kami takda boarding pass untuk naik QATAR AIRLINE untuk ke malaysia . Dalam flight,kami makan, menunaikan solat hormat waktu,dan tidooo...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai di airport QATAR lebih kurang pukul 3 pagi . Kami solat Subuh dan kami mula mencari kaunter pertanyaan QATAR AIRLINE untuk mendapatkan BOARDING PASS.

nak dapat boarding pass pulak sangatlah PAYAH !! Staff QATAR AIRLINE cakap tiket kitorang dah di CANCEL kerana tak maklumkan pada staffnya di CAIRO bahawa kami nak naik flight seterusnya..padahal staffnya yang di airport Cairo tu enggan membantu . We did told him about that and he laughed . =_=
salah seorang staff QATAR AIRLINE tu kata kena BAYAR . 
WHAT THE FISH CAKE ??!! I WONT PAY U EVEN A CENT !! because i dont have money even a cent  T_T

susah sangat nak dapat Boarding pass, maka kami gunakan teknik DRAMA . sembamkan muka di kaunternya then staff tu tanya " what happen ? " 
 HAH ! TAU TAKUT !! KASI AKU BOARDING PASS TU SEKARANGGGGG !!!!!!!!!!!!!!!!! (dalam hati =P )

alhamdulillah akhirnya dapat juga boarding pass tu setelah berkali-kali melalui payahnya urusan dengan staff QATAR AIRLINE tu.

Di airport tu sempat lagi online guna wifi kat situ. Mak INBOX .
 katanya, "dah naik Flight nanti update status"  haha lawak pula membacanya . itulah gunanya kecanggihan teknologi kan kan kan... =P

Tapi dah kelam kabut tak sempat pulak update status. MAK kata dia risau sebab tak de update status pun . AYAH stay cool , katanya "dah naik flight la tu,tak update status.kalau tak mesti dia dah call " 
***sebenarnya kalau tak naik flight pun tak boleh nak call sebab credit ZEROO..kosongg..kosong...poket pun kosongg...duit bekal balik habih guna nak bayar tiket 

Dah naik flight QATAR AIRLINE untuk ke MALAYSIA, hati sudahh LEGA SANGAT ! ALHAMDULILLAH . selesai sudahh..tinggal tunggu sampai MALAYSIA je . 

Akibat jerubu yang tebal,flight lambat sikit sampai ..sepatutnya sampai pukul 8.45 malam..tapi sampai pukul 9 malam..dah sampai,pinjam fon kawan,call mak bagitahu dah sampai..

LUGGAGE kami satu pun tak sampai ... satu beg tertinggal di QATAR, satu lagi di EGYPT .. wah wahhh hebat kan jauh jauh pegi tinggal beg .. maka sampainya kami ke airport KLIA sehelai sepinggang ..

sampai di airport nampa ayah melambai-lambai..betapa gembiranya hati rasa nak berguling-guling macam hindustan dlm tv tu bila ternampak wajah-wajah mereka yang lebih kurang 9 bulan tak jumpa
 (haha.beriya je) rinduuu gilaaa.dengan tersengih-sengih, kukabo kan pada mak ayah, beg TERTINGGAL . =D
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
inilah entry terpanjang rasanya sepanjang berbelog ni..biar saja nak tempek kat sini cerita ni sebagai kenang-kenangan..

semuanya atas PERTOLONGAN ALLAH manakala Ustaz Dana dan Ustaz Dede sebagai wasilah pertolongan itu. kami beruntung terjumpa ustaz Dana dan ustaz Dede yang sudi membantu kami dengan bersungguh-sungguh walaupun tak kenal kami pun.kami pun tak kenal diorang . Alhamdulillah, duit Ustaz Dana ayah dah settlekan..hihii tak habih2 le punnn aku ni menyesakkan kepala otak mak bapakkk..mak kata sakit kepalanya pikirkan kami tertinggal flight,mak ayah tak boleh tidoo katanya,Opah pun dah mula ke hulu ke hilir dan bercakap sorang-sorang..hihiii...sosososoooryyyy semuanyaaaa...

Kami BERUNTUNG juga, ada senior-senior(kak Aisyah,Kak Atiqah, Kak Nafisah) n kawan2 yang banyak membantu..

Jasa kalian dikenang sampai bila-bila . 

# we've learnt the lesson .Jika  Esok Flight Bertolak , Hari Ini Kami Qiam Di Airport . =)















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...