January 29, 2013

__/|___/|____/|__/|__/|_______



Doktor . Selalunya penampilan doktor macam mana?
kemas.tersusun.teratur.


hari tu  Cendol temankan kawan pegi jumpa doktor pakar kulit sebab kulitnya ada jangkitan.
doktor tu nampak serabut,kusut masai,baju berbutang separuh,bilik dia bersepah dgn ubat
plastik ubat berterabur atas lantai.
meja pun bersepah
dia tersengih menyambut kedatangan kami.

masa tu rasa macam,
biar betul doktor ni?!!! 

muka doktor tu bukan macam ni .

cara dia merawat?sambil sembang-sembang,dia inject.Kawan Cendol tu pulak tak sedar bila dia kena inject.lepas tu dia bawak keluar ubat dari bawah meja dia.plastik ubat dia campak ke lantai.jarum tadi dibiar bergolek atas meja.ubat-ubat tu bercampur aduk dalam satu pastik.
terpikir juga, betol ke doktor ni?

tapi,
wow!!dia awesome
 bila dia tengok je kulit yg sakit tu dia dah tahu bila mula jangkitan,
dia tahu ubat apa yang kawan Cendol dah guna.
dia tau kat mana lagi ada jangkitan tu selain dekat tangan . kawan Cendol mengakui memang ada lagi jangkitan tu pada bahagian lain
memang super duper awesome.

tiba-tiba doktor tu pandang Cendol dan cakap
"U! low immunity and hypotensive.ur hand sweat !"
terkejut dokter tu cakap macam tu,eh baru perasan,yelah,tgn berpeluh.
lepas tu doktor tu check denyut nadi.dia kata "very slow"
err..tergamam,
rupanya doktor tu boleh kesan semua tu melalui muka

Alhamdulillah kawan Cendol tu makin sihat kulitnya.apa-apa pun,sihat dan sakit semuanya dgn izin Allah.

#doktor tu nampak je macam tu tapi sebenarnya ilmunya tinggi
 Dont judge a book by its cover,however first impression is important isnt?
bersangka baiklah ...

teringat kepada pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani supaya kita sentiasa bersangka baik !


1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”


2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”





22 comments:

Nastyna said...

:D:D:D Sangat berkesan di hati kata2 tu dear. Lembut tapi penuh makna.

Citer doctor tu... yer la first impression kan important. Hihi segan kan jumpa orang berilmu ni.

shar90 said...

wow... xpernah lg jumpe org mcm ni tp org yg berlagak pndai byk r tp satu apepon xdak... hahahaa

Cik Nur said...

mmg xleh nilai seseorg dari segi luarankan...

ilmu didada tu penting, tai kebersihan jgn diabaikan.. :)

cendol sihatttt..?

dya bunga said...

btl tu..dont judge a book by its cover..

Chic Na said...

selalunya doktor nampak mcm tu kan tp otak diorg memang power. mcm lecturer gak. nampak selekeh tapi genius ok. huhu..

Solehah Shamsuddin said...

eh, hebat btl doktor tu. walaupun dy mcm xterjaga susunan barang n kebersihan, tp dy tau cmne nk rawat pesakit. hebatlah! :)

Misz Mieza said...

Mesti ni doktor genius.. Orang genius ni selalu serabai.. Tapi kepala otak dia mashaAllah, super brilliant! =)

Deqla manjew said...

wahh terer eh doc tu! boleh ramal penyakit dari muka gak..huhu.. setuju dgn entri ni.. :)

Mrs Velentine said...

betul2 doktor yg berpengalaman

lelamaisara said...

betui tu cendol..tak leh pandang pada luaran kan...tapi kan kalu jadi doktor tu biar la kemas cikit ek..heheheh

4feet8 said...

doktor amik ubat dr bawah meja dia? takde pembantu dia ke..?

Anonymous said...

assalaaaamualaikum..

amik teladan ilmu doktor tu..tp jgn tiru selekeh dan bersepah dia..tak lps ISO tu..huhu..

Yumida Huda said...

jumpe doc ensem leh kurangkan rasa sakit..hakhakhak..ngadenye!

aNiss :):) said...

HAHA. betul2. jgn nilai luaran seseorang tuu. tapi dalaman dia sebenarnya :D

p/s : take care kat negara org tuu, dear ;)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum

Cendol..aku tahu, ko tentu lebih baik dari aku.. :)

Antara buktinya, tempat jauh kau menuntut ilmu.

Moga, walaupun kita sekdr bergebang dialam maya..doakan aku disini salu ^_^

aku HaniAsyira said...

dr to ohsem mcm dlm drama pulak.. =P

LYAfrina said...

lya biasa jumpa dgn doc mcm ni y klo kt tgk dgn mata kasar tak mcm doc. tp kbyakan doc pakar y lya knl, smuanya ala-ala selekeh..tp sgt2 educated..

michelle De hunny said...

msti ko judge dia masa mula2 tu kan?
haha :P

hana hadi said...

masa tu ramai pesakit kor. doktor pun serabut. nurse xdatang tolong kemas. hehe memandai2 je hana ni

N.Aima K said...

hi hi.. alhamdulillah dah sembuh kwntu :)

9n0L4 said...

agknye die sibuk cari brg die tapi tak jumpe kot. haha.

Yana Libra said...

:) bestlah doktor camtu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...