October 3, 2013

Pulang Budak


pinjam baby encik google


Pulang budak , bukannya budak hilang dipulangkan .
Pulang budak disini membawa maksud orang tua yang sudah kembali menjadi budak.

kalau dulu semasa kecil , merangkak-rangkak . bertatih .
bila dah tua pun merangkak juga..disebabkan sakit lutut,sakit sendi, makanya merangkak dan bertatih,macam kecil-kecil dulu ..

semasa kecil-kecil dulu cepat nangis,cepat merajuk,
sudah tua pun perasaan tu makin sensitif dan cepat merajuk..

kecil-kecil dulu tiada gigi maka makanannya nestum atau bubur,
sudah tua pun makan nestum atau bubur juga  kerana tidak ada gigi dan tak larat mengunyah

kecil-kecil dulu tak tahu buat apa,semua harapkan orang.
sudah tua-tua bukan tak tahu buat,bukan sengaja nak mengharapkan orang, tapi kerana badan sudah lemah,tak larat lagi..

BEZANYA,'mereka' yang kecil dijaga oleh ibu bapa..yang 'tua' dijaga oleh anak-anak.
'mereka' yang kecil boleh dicubit,dimarah sekiranya degil, yang 'Tua' ni andai dicubit,dimarah, derhakalah jawabnya. T_T *sobss


hidup kita macam roda . what u give u get back .

FirmanNya,
"..hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia..." Al-isra,ayat 23


29 comments:

dya bunga said...

Tp xramai yg snggup jaga ibu bapa mereka seperti ibu bapa mereka jaga mereka masa kecil.

fieda said...

singgah pagi baca entri ni...betul hidup ni ibarat roda..

Niesa said...

org tua sgt sensitif dr org muda..tp btl kata org.. sorg ibu boleh jaga 5,6,7 anak..tp 5,6,7 anak belum tentu boleh jaga ibu dan bapa..harga mereka selagi masih ada.. :')

Deqla Manjew said...

suka baca entri cendol tau.. pengisian dan penoh bermanfaat utk renungan bersama.. moga kita dpt menjaga org tua kita hingga hujung nyawa..;)

Fikri said...

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka


=D

Cik Aini said...

hurm..fitrah manusia,Allah jadikan setiap manusia tu lengkap dr kecik smp ke tua cuma bezanya sempat ke tidak kita jd "pulang budak" tu...dan moga2 kita semua mampu mnjaga "pulang budak" dgn baik jika ditakdirkan ibu bapa kita yg mnjadi pulang budak :)

**insaf bila baca entry Cendol ;p

Cik Nur™ said...

itulah mak selalu pesan pada nur...dan mak selalu ckp...setiap apa yg nur buat pasti nur akan rasa satu hari nanti..

dan sebab ini jugaklah nur xberani lawan ckp mak abah...takut nanti ank buat kat kita balik..

Puan Ida said...

info yg berguna
semoga kita menjadi anak yang mampu menjaga kedua ibu bapa kita sehingga hujung nyawa mereka ye
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no:461

Rosmiza Ali said...

Owh, pulang budak rupanya istilah yang org panggil.. Baru tau..
ZON PERMAISURI CHOMEL

lelamaisara said...

oooo...baru tau istilah ni dik...sebelum ni tak tau...hehehe....
ye lakna hidup ni ibrat roda...:)

9n0L4 said...

cendollllll. hehe. umur je makin tue kan, tapi sbnrnye kite akn berbalik smule pd rutin mase kecik kecik dulu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

setuju tu..hidup kita ibarat roda...sentiasa berputar2

Cik Kay Jue said...

nice entry.. setuju! >__<

Tinta Lana said...

Assalamualaikum cendol.

Pekabo kite? Harap sihat ya..

Abah lana,next year usianya 60 tahun lah melihat dunia..lately, lana perasan, antara perubahan plg ktra abah bila dimamah usia ni, dia mudah lupa. Katakan dah planning brg pa nk bwk esok, dah siap keluarkn brg tu dan bungkus elok2, tpi esoknya, ttp lupa juga nk bwk.

Mak alhamdulillah..mungkin juga sebab suka membaca, tak nampak lagi tnda2 pelupa. Cuma dari segi merasa makanan tu..org lain rsa dah ckup garam gula, mak kata tak cukup..huhu

Kita sebagai anak, cuba2lah pantau perkembangan kesihatan org tua kita, sbgmana yg ibubapa kita buat pda kita masa kecil dulu..

izan mama mia said...

gitulah putaran hidup...harap tua nnt..anak sudilah jg kita ye takk

are_lin@yu said...

btl tu..orang tua2 cpt sensitif skrg so kita sbgai anak kna pndai amk ati plk..dlu dorang dh jga kta kan.

Solehah Shamsuddin said...

kan kes skrg ni, byk org tua dihantar ke rumah kebajikan. solehah pelikla, kenapa diorg sggup wt cmtu. klu btl diorg xleh jaga, kita hantarlah org gaji utk jaga mak ayah kita. lagipn mak ayah kita dlu dh susah payah jaga kita masa kecil

Azlan Strider said...

sakan cendol..betul tu hidup ini ibarat roda..oleh itu kita didik la anak kita elok2 supaya kelak mereka tidak lupakan kita..Didikan tu bukan semestinya dari sudut akedemik sahaja tapi tapi segi agama juga perlu.

p/s: first time dengar term nie.hehe

Regards,
-Strider-

hannyabdullah said...

Harap-harap tak sampai lah ketahap itu..bukan apa takut menyusahkan..biarlah pergi awal dr menyusahkan anak2..huhuhu ( sob..sob..sedih ni )

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

نورعيم said...

mohon agar kita dapat berbakti sampai akhir hayat mereka.

Bulan Syurga Firdausi said...

ibumu ibumu ibumu kemudian bapamu... syukran peingatan..

Chic Na said...

akak pun ada nenek.. dah tua sgt tp still kuat.. kdg2 tengok perangai nenek cam budak2.. pastu terus terfikir nanti diri sendiri cemana lah..

dik.. da balik egypt eh? take care kat sana tau.. :)

Cik Zuera said...

Berbaktilah kepada mak ayah kita selagi kita bernyawa.. :)

Do visit my blog http://suppliment2you.blogspot.com/ :)

Nastyna said...

Couldn't agree anymore ;)

mama3heroo said...

putaran hidup manusia..

mama aryan said...

macam tu la putaran hidup kita ni kan, cuma akak tak sempat nak jaga org tua akak,sebab mereka dah pergi dahulu

N.Aima K said...

it is the hardest part in life..

rabiatul adawiyah said...

doa kina semoga kina mampu menjaga orang tua sesempurna mereka menjaga dan membesarkan kina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...