Showing posts with label info bajet bagus. Show all posts
Showing posts with label info bajet bagus. Show all posts

September 12, 2013

Perbezaan itu melengkapkan ikan Goby dan Udang =) subhanAllah !







Menonton rancangan dokumentari,menarik dan mengagumkan bila mengetahui tentang kerjasama antara ikan Goby dan udang. apa nama udang ni taktau la.panggil udang je la.

ikan goby dengan udang rakan serumah..fuhh hebatnya ikan Goby duduk serumah dengan udang . ibarat air dan minyak . ehh..

tapi betul,diorang ni rakan serumah.Udang sebagai ARKITEK,udang boleh bina rumah untuknya dan ikan Goby tinggal sekali walaupun udang ni mempunyai penglihatan yang teruk iaitu hampir buta . 

Kan perbezaan itu melengkapkan ??  

ikan Goby tak tahu bina tempat tinggal,Udang tahu bina.
Udang TAK tahu PROTECT diri,ikan Goby hebat mengesan predator.

Ikan Goby duduk pada pintu rumah diorang dan akan bagi signal pada udang dengan menggerakkan ekornya bila ada predator.Udang pun cepat-cepat sembunyi dalam rumahnya.

Ikan Goby dengan udang keluar cari makan sama-sama. Awesome kan?? Diorang keluar sama-sama sebab  udang jarang keluar kalau ikan Goby tiada. Udang hanya keluar kalau suhu dalam rumahnya terlalu panas,ataupun ketika itu arus air perlahan..

dan, bila udang TERSESAT, Ikan Goby akan pergi cari udang dan bawanya balik . hebat kan??

say, SubhanAllah !! 

begitu hebat makhluk,pasti datangnya daripada Pencipta yang jauh lebih hebat =) 


*terigin nak tahu, apakah bentuk hubungan ikan goby dan udang? kawan atau laki bini?? haha . abaikan ~


July 26, 2013

"MasyaAllah,seksi gila artis nii.." ARE U SERIOUS ??

Kerap kali nampak komen komen di fb macam ni, 

"MasyaAllah, kejamnya diorang . "

"MasyaAllah,seksinya artis ni" 

dalam kepala otak ni terpikir-pikir,aje beno ke ape yg diorang cakap ni ??betul ke penggunaan 'MasyaAllah' macam tu?sounds weird..seriously..nak tegur rasa cuak la pulak pasal sedar diri tak de la reti sgt bab-bab ni.namun saat ini,kekuatan maksima telah digapai untuk mengemukakan teguran dan berkongsi ilmu pengetahuan yang seciput ini..alahai lambat sungguh kauu bertindakk.....orang dah tau kauu baru nak kongsii??*suara negatif jangan diikutkan.
TAKPA,perkongsian ilmu yg bermanfaat tiada ruginya*see fikiran POSITIVE datang menyelamatkan keadaan..emm emm

  MasyaAllah bererti ALLAH MAHA AGUNG .
penggunaan 'MasyaAllah' apabila melihat perkara yang TIDAK baik adalah SALAH. 
diulangi, SALAH .

SEPATUTNYA ketika berhadapan dengan keadaan yang TAK BAIK,atau melihat perkara yang tak baik, kita menggunakan Astaghfirullah , yakni memohon ampun pada Allah atas perkara itu.
atau menggunakan Nauzubillah ,bermaksud kami memohon perlindungan Allah daripada perkara itu.
atau kita boleh guna Innalillah,bermaksud kepada Allah kita kembali.

kalimah MasyaAllah sepatutnya DIGUNAKAN pada keadaan atau perkara yang INDAH , BAIK , POSITIVE ,
contoh, 

"MasyaAllah , pandainya anak pak Meon, dia cipta roket"

BUKANNYA digunakan pada perkara NEGATIF ..


 i share because i care .  ^_^  . poyo poyo




November 9, 2012

JANGAN TIDO GAYA INI !


Dari draft telah berkurun lama ..

sebab ape tak boleh tido meniarap?

tidur meniarap ni boleh menyebabkan sesak nafas! beban tulang belakang punggung menyusahkan dada utk bernafas dgn sempurna.

penafasan yg tak sempurna akan melemahkan jantung dan otak

kajian di Australia membuktikkan kematian mengejut di kalangan kanak-kanak berlaku lebih kerap kpd kanak2 yg suka tidur meniarap.


Islam juga mencegah gaya Tido meniarap

Abu Ummah RA meriwayatkan, "Suatu ketika Nabi SAW menghampiri seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda langsung menendang kakinya sambil berseru "
"Bangun dan duduklah, sesungguhnya kedudukan tidur demikian adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam."



Cara tido yang terbaik ?

mengiring ke kanan .

Sebab?

paru kiri lebih kecil dari paru kanan.so jantung menanggung benda yg lebih ringan.
kalo tido mengiring ke kiri,jantung dihimpit paru kanan yg lebih besar menyebabkan kecergasan jantung berkurang!

cara tido mengiring ke kanan juga akan membuatkan hati dlm kedudukan stabil.perut pun dlm keadaan baik.

lagipun cara tido mengiring ke sebelah kanan ni ialah cara tido Nabi.



ape saje yg dianjurkan Islam mesti ade hikmah disebaliknye . nampak tak nampak tak??perfect nye Islam.

SUmber





July 29, 2012

Jangan tiup!



Nabi mengajar kita supaya jgn tiup makanan/minuman kan..sebab?


bile kita hembuskan nafas tu kita akan keluarkan CO2 (carbon dioxide)
CO2 bila bercampur dgn air (H2O) akan jd acid 


CO2 + H2O = H2CO3


ye itu saje.bnyk lagi info pasal ni.maleh nk tulih.sape nk tau pi google.heheh



Nampak tak?nampak ke tidak??!!!
ape saje yg dianjurkan islam mesti ade hikmahnye.
Nampak ke tidak?!
islam itu perfect!







July 5, 2012

Air mata itu awesome !



sapa suka nanges?menangis agak' la best sebab bile lepas nangis je mate akan rase syok je nak tido.yeke? hoh memandai je..



Antara baguih nye menangis :


1 . up kite punye Mood . menangis salah satu cara nak lepaskan tekanan . bile dah lepaskan 
     tekanan,mood akan dtg balik .


2 . mata jadi cerah dpt mbantu penglihatan.air mata yg keluar tu mencegah 
     membrane mata drp kering . kalau membrane mata kering,penglihatn jadi kabur .


3 . mengeluarkan racun.bukan racun tikuihh jgn riso..
     menurut ahli biokimia,air mata yg keluar kerana emosi tu mengandungi racun . 
     hoh! jadi siapa beremosii??mari kita nangisss!!!


4 . Melegakan perasaan ! lepas menangis, sistem limbik,otak dan jantung akan jadi  
     lancar  yg   akan buatkan rase lebih lega . 


5 . HAIPPP!!! membunuh bakteria ! Air mata berfungsi sbg antibakteria semulajadi .
     dlm air mata ada cecair nama comelnya lisozom . lisozom mampu membunuh 
     90%   bakteria .


6. Meningkatkan kemampuan bersosial . kan biasenye org nangis pastu cerita kat 
    org2 terdekat..ini dikatakan meningkatkn kemampuan bersosial . hek?
    


ape2 pun menangis biar berpada pada..terlebih nangis nanti pergi cari Combii..
tak pun cari la abang kasiiimmm selamaattt..kehkeh =p





     sumber :sila nangis




#ade lagi kumen kumen yg belom dipublish .tgh berbattle dgn siput vavi gergasi internet!   wait k i comeee to ur blogg!! Cendol flyinggg!
 wink* wink*




     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...